Ada apa dengan usrah? 3 Rukun usrah
– Syeikh Syahid Imam Hassan al-
Banna
Usrah merupakan salah satu dari sistem dalam
islam .Dalil menyebarkan dakwah islam bermula dari
pengumpulan kecil-kecilan untuk kenal islam di lakukan
oleh Rasulullah saw di rumah arqam abi al-arqam ketika
awal penurunan islam.
Hassan al-banna pernah menyebut “jalan dakwah kita
ini adalah jalan dakwah yang satu”
Bermaksud,dakwah seperti Rasulullah,adalah adalah
yang patut kita gunakan zaman sekarang.
Pengumpulan dan usrah (5-6 orang)
Jadi wasilah penyampaian islam itu sentiasa
berjalan sehingga sekarang,perasan tak?
Tak perasan kalau anda tiada usrah dan anda tak
pernah buat dakwah! serious!
Jadi dari jalan dakwah yang satu ini,Hassan al-banna
mula mengumpulkan anak-anak muda di kampung-
kampung dan seluruh Mesir.Dan kemudian membentuk
Katibah(Pengumpulan usrah-usrah kecil) untuk mencari
Murabbi yang boleh membawa usrah.
Nak cari Murabbi supaya membantu Hassan al-banna
buat usrah ketika itu.
Proses Katibah berlansung bukan 2-3 hari tapi bertahun
lama sehingga lahirlah murabbi-murabbi yang boleh
membawa usrah dan memegang manhaj islam yang
sebenar.
Katibah bermula dari September 1937 dan pada 1943
mula berlaku beberapa tentangan dalam Ikhwah
Muslimin ketika itu.Risau dengan keadaan semasa,maka
lahirlah murabbi-murabbi yang boleh membawa usrah
ketika itu,dan selepas 6 tahun Hassan al-Banna mati di
bunuh meninggalkan Ikhwan Muslimin dalam keadaan
banyak membentuk Murabbi-murabbi agung seperti
Hassan hudaibi dan ramai lagi.
Dan akhirnya sampai sekarang,wujudlah beberapa
Usrah sehinggalah sekarang.
Anda anda usrah??
Kalau takda usrah carilah usrah sekarang.
Hassan al-Banna meletakkan dalam sistem Usrah akan
melalui 3 rukun.
(1)TA’ARUF
(2)TAFAHUM
(3)TAKAFUL
Nampak macam senang,tapi nak praktikkan susah
sangat.Tak percaya?Boleh telu
suri maksud-maksud 3 rukun tu.
Taa’ruf :
Saya ada 3 soalan nak tanya pada anda yang membaca
(dan yang ada usrah),
1 – Anda tahu tak apa ciri bakal isteri yang kawan
seusrah dengan anda mahukan?
2- Anda tahu apa yang kawan seusrah kita lakukan
ketika sedang ‘down’ ?
3- Anda tahu tak bagaimana cara nak nasihat
kawan seusrah dengan anda ketika dia sedang
marah?
Kalau anda semua tak mampu nak jawab soalan-soalan
yang saya berikan,anda belum mampu lagi untuk
mempraktikalkan rukun yang pertama ini.
Taa’ruf bermakna anda mendalami setiap apa perkara
mengenai kawan seusrah dengan anda.Bukan setakat
tahu nama,tempat tinggal,malah mengetahui sebesar-
besar perkara sehinggalah sekecil-kecil perkara.
Macamna nak jawab soalan-saoalan di atas?
Anda kena saling ‘mua’yashah’ iaitu saling bersama
dengan ahli seusrah,makan bersama,borak
bersama,kongsi masalah bersama,dan tidur bersama.
Sehinggakan datang satu nilai-nilai ruhi mengenal ahli
seusrah tersebut sehingga kita mampu memahami dia
tatkala keadaan – keadaan musibah yang melanda diri
dia.
Dan merasakan inilah nilai ukhwah yang Allah berikan.
Dan ketika itu,cuba jawab balik soalan-soalan yang saya
berikan di atas.
Dan tak perlu tanya sebiji-sebiji soalan yang di
berikan,tak perlu tanya bagaimana calon yang dia
mahukan,tapi sebaliknya kita menjawab sendiri atas
sebab terdapatnya nilai-nilai ukhwah yang tinggi dan
taa’ruf yang mendalam.
Tafahum :
Juga ada beberapa soalan.
1 – Bila kali terakhir anda menasihati kawan
seusrah anda?
2- Mana lebih susah?Beri nasihat atau mendengar
nasihat?
3 – Bayangkan kawan seusrah anda ada di depan
mata,berikan satu bentuk nasihat pada dia
sekarang !
Inilah konsep tafahum yang di letakkan oleh Hassan al-
Banna,iaitu rukun yang kedua yang membawa maksud
saling memahamkan antara ahli usrah.
Juga sentiasa menghisab diri bermuhasabah dengan apa
yang kita lakukan serta saling nasihat menasihati.
Satu konsep yang mudah,tapi susah nak buat.
Cuba jawab soalan ke 3 di atas?Mudah nak jawab?
Susah..
Anda akan cuba meletakkan kawan seusrah itu dalam
kepala,dan mula untuk fikir aib2 yang ada pada
dirinya,dan mula mengatur ayat,kemudian terus beri
nasihat.
Itu konsep nasihat yang salah.
Kita kena fikir keadaan ahli seusrah dengan kita hari-
hari.Sehinggakan dia merasakan kita adalah penasihat
yang terbaik.Nasihat bukan hanya ketika dia dalam
keadan futur,atau sebaliknya,akan tetapi kita kena beri
nasihat berhari-hari kepada kawan seusrah supaya
meninggalkan benda buruh,dan melakukan perkara
baikdan di saat kadang-kadang dia merasakan dia tidak
perlukan nasihat.
Jadi itu guna kita faham konsep rukun yang ke dua
ini.Tafahum.
Takaful :
Bila sebut sahaja takaful,kita akan ingat Skim
Perlindungan Insurans di malaysia.
Jadi boleh juga di gunakan pada konsep ini,iaitu saling
bantu membantu dalam meringankan beban ahli
seusrah kita sendiri.Malah melaksanakan kebaikan pada
kawan seusrah kita adalah lebih dari beri’tikaf di masjid
Nabi.Seperti mana hadith Nabi Muhammad saw :
“Seseorang yang pergi dan berjalan untuk menunaikan
hajat/keperluan seorang saudaranya adalah lebih baik
dari beri’tikaf di masjid aku sebulan”
Jadi konsep ini bertepatan dengan ma’ani ruhi yang
mendidik sentiasa menolong kawan seusrah yang lain
dan meringakan beban.
Jadi inilah dia ketiga-tiga rukun usrah yang perlu di
lakukan bagi mendidik dan mentarbiyah diri
seseorang muslim itu dalam sistem usrah.
Kalau kita berlegar-legar kepada 3 rukun ini,saya
yakin ia akan membentuk satu sistem usrah yang
hebat yang memberi banyak kejayaan pada Jemaah
Islam sendiri dan seterusnya memberi kesan
kepada pembentukan ustaziatul ‘alam.
Ahad, 20 April 2014
Ada Apa Dengan Usrah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan